mutiaraaleesya.blogspot.com

JOM FOLLOW ME

Thursday, April 29, 2010

SOALAN SERING DITANYA PADAKU...

BIASANYA SOALAN NI MESTI DITANYA OLEH SAUDARA-MARAKU...
 kak long bila lg nak kawin?
AKU KDG2 SENYUM JEA MENDENGAR PERTANYAAN TU..
MALAS NAK JAWAB...ADA JODOH ADALAH...
BAGIKU JODOH PERTEMUAN,AJAL MAUT SEMUA KETENTUAN ALLAH S.W.T..
DAH SAMPAI MASA DAN WAKTUNYA KAWINLAH..
AKU PUN X TAHU BILA WAKTUNYA..
HINGGA KINI MASIH KESEORANGAN..

KENDURI KAWIN FELDA CHINI

KENDURI KAHWIN SAUDARA KU KAT FELDA CHINI...23/1/2010

                                                                                               family ku
diri ku

                                                                                                   kompang
pelamin


       aku&mak saudara
ma ku,adik,ank saudara

DAH LAMA BLN SATU LG BARU MASUKKAN GAMBAR NI,,,KENDURI KAWIN NI ADA ACARA BALING COKLAT&DUIT SYILING..MERIAH JUGAK ADA KONVOI MOTO BIKE CANTIKLAH MOTO TU ...DR KUALA LUMPUR DIORANG BERKOVOI...AKU DARI KUANTAN JEA..

Tuesday, April 27, 2010

Aku Terima WASIATNYA... ZATI

ada org tgglkn wasiat.....kak wani akan jaga wasiat ni baik2..heee



1.Thank & link the person that gave you the cik Cow (JGN LUPA COPY PIC)

thaks zati ....K.Wani  akan jaga cow nie baik2....leh biak kan lembu ni bg dia pasangan heee..anak2nya leh jual yelh sekor lembu harganya $$$$...(ada lembu nie boleh la nk gne wt gulai utk jamuan kawin aku..hihi)leh la save budget..bilakah aku nak kawin????

2. bg balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active or 7 paling tak active..

Dengan nie saya mewasiatkan pada mereka nie utk menjaga Cik Cow....jaga baik2 ye Cik Cow...mereka yg bertuah adalah :- fyda hafiza , cderluck, BcomeyIzzlin , Asma, Shahrul Azrie, Naha Outlawz (snggup xjge nie??)

3. bagi tau dorng ni yg dorng dapat wasiat dari orng kaya kg sepening
lalat

PENGUMUMAN..PENGUMUMAN... WASIAT NI DARI KG.SEPENING LALAT...wenggg...weng...weng.. poning lalat dah ni!!(ayat copy paste je....hihi)

4. cerita3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
sambil tengok tv makan@minum..klu ada sms tu bls masej..baring2 kat depan tv..

5-Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
makanan apa yg pelik pernah aku makan ni,lupa plk..seingat aku antaranya budu,tempoyak,kuih tahi itik & dot..dot...

6-cuba bg tau brp orng dah kawan anda kat FACEBOOK

kena chek dulu neh...ada 177 kwn dlm fb ada lg aku x approve heee...

7-paberet soalan ni.....camner korng berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...

cam ne nak cerita ye klu ingat zmn2 sekolah dulu aku x pernah couple,tp best gak ingat zmn2 sek.dulu..dapat hadiah,kad,surat...heee..diperkenalkan olh seseorang tp x de jodoh..

***TAMAT***

Monday, April 26, 2010

TEKA-TEKI MENGUJI MINDA

Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan


tau!!!!!!!!!!!!!


1) jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah
9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?



Jangan lihat jawapan nya dulu
ini jawapannya:-



1) Masukkan benang dalam jarum
2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah
3) MILO AIS
4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.
5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
6) Semut yang matanya BENGKAK
7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat
8) Panjat pokok kelapa
9) Kambing binATANG
10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Thursday, April 22, 2010

Peringatan dari PDRM

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .


1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM

Tuesday, April 20, 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumahsehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...""Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"Subhanallah. ..

Saturday, April 17, 2010

SESUATU YANG KITA PERLU TAHU




Somethings that we should know…

> 1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang> bersedih, tetapi dia tidak> menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis> di dalam hatinya.
> > 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu> menyakiti hatinya,lebih> baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya> semula sebelum kamu> menegur dengan ucapan maaf.
> > 3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci> tentang orang yang paling dia> sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila> hubungan itu putus di> tengah jalan).
> > 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang> lelaki,lelaki itu akan> sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia> sedang keluar dengan lelaki> lain.
> > 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung> tajam ke dalam matanya,dia> akan cair seperti coklat!!
> > 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak> tau macam mana nak> menerima pujian.
> > 7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan> kamu separuh mati, tolak> cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada> satu semangat dalam diri> wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat> keputusan, dia akan> lakukan apa saja.
> > 8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri> darimu selepas kamu tolak> cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu> masih ingin menganggap> dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
> > 9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka> rasa.Muzik,puisi,lukisan dan> tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi> hati mereka.
> > 10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka> ni lansung tak berguna.
> > 11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood> wanita.
> > 12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam> diam memberikan respon> positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si> gadis akan bersikap acuh> tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik> saja ganggang> diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak> sampai sepuluh minit,semua> rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
> > 13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi> wanita.Jadi jangan senyum> sebarangan.
> > 14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan> dengan> persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan> lebih mendalam.
> > 15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan> setiap kali kamu ajak> keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat> denganmu.
> > 16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia> menghubungimu atau menunggu> panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
> > 17. Jangan sesekali mengagak apa yang> dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
> > 18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering> tertanya-tanya> kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
> > 19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling> romantik untuk memikat> hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan> menyelak buku-buku cinta.
> > 20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe!> rtama yang dicari oleh> wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah> hatinya,kemudian barulah> dirinya sendiri.
> > 21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di> fikirannya tetapi lelaki yang> dicintainya sekarang akan berada di tempat> teristimewa iaitu di hatinya!!
> > 22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan> harinya.
> > 23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia> rasa dan lalui.
> > 24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik> dengan mereka semata-mata> nak tackle kawan mereka yang paling cantik
>> 25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur> dan kebahagiaan tanpa> sebarang kompromi.
> > 26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan> mereka sepenuh hati..
> > 27. Senjata wanita adalah airmata!!
> > 28. Wanita suka jika sesekali orang yang> disayanginya mengadakan surprise> buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan> romantis).Mereka akan rasa> terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai> setulus hati.Dengan i! ni dia> tak akan ragu-ragu terhadapmu.
> > 29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil> berat tentang mereka dan> baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita> pandai-pandailah…
> > 30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana> apa yang dia mahu> hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh> jiwa.

RINDU

Rindu suatu perasaan yg hadir,rindu pada seseorang yg pernah aku sayangi tp hatinya mungkin sudah melupakan diri ini,buat apa mengharap kasih pada yang x sudi mungkin aku patut memberi peluang pada yang sudi menyanyangi diri ini tp mengapa begitu sukar untuk aku memadam semua tu,walaupun dia selalu melukakan hati ini mengapa aku masih tidak boleh lupakan dia...sudah banyak air mata ini menitis kerana mu..kenapa dirimu sanggup menipu diri ini,aku terlalu sabar dgn apa yg berlaku...ya allah bukakanlah pintu hati ini buat insan lain...bagiku klu jodoh x kemana..semoga kau berbahagia dgn kehidupanmu,janganlah kau mempermainkan hati dan perasaan insan sepertiku lg sebagaimana kau mempermainkan hati ini sudah cukup lah kau selalu meminta maaf pd ku....kdg2 aku selalu terfikir ini kah balasan utk aku kerana sudah banyak aku menolak cinta insan yg menyukai diri ini..tp aku nak buat mcm mana hati ini pada ketika itu belum terbuka lg utk menerima cinta..sejak sekolah lg aku tidak suka bercinta..

Wednesday, April 7, 2010

1ST GIVEAWAY FROM ZATI

16-04-2010
Nie 1st time saya join Giveaway....
Kali nie Giveaway dianjurkan oleh zati
Harap2 boleh menang....
Referrel : LyaFrina
Jom sama2 kita join :- KLIK DISINI

RUGI DUNIA AKHIRAT KLU TAK BACA

subject: Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata..

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm...aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia. .
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam. ....

Kajian....ALLAH je mengetahui.. ....
Assalamualaikum .....

Mesti korang terkejutkan. .neway , just bace dulu n evaluate it later... Allah sahaja yang tahu kebenarannya.

[Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan
1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
tahun..... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066....

* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke
bumi... Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi...
Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007....
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan
semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun
dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... .

* Wallahu'alam. ... Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan
bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara
berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang
jangan risaula..aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan
kesejahteraan untuk semua umat Islam..

P/s : plz sebarkan msg nie kat semua kgkawan kite yg beragama Islam....

Wallahua'lam. ..

komen

get this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails