mutiaraaleesya.blogspot.com

JOM FOLLOW ME

Monday, August 22, 2011

15 Maksiat Yang Menurunkan Bala


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah
membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :


1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. zakat dijadikan hutang
4. suami memperturutkan kehendak isteri
5. anak derhaka terhadap ibunya;
6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka
10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. para artis-artis disanjung-sanjung
14. muzik banyak dimainkan
15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi) 

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5637.0

KENAPA WANITA MERAJUK





Berdasarkan pelbagai jawapan yang diberikan responden lelaki itu bolehlah dijadikan panduan dan sempadan kepada wanita bahawa merajuk yang keterlaluan akan mendatangkan kebosanan pada pihak lelaki. Janganlah menjadikan merajuk itu sebagai senjata dalam sesuatu perhubungan, tetapi jadikan merajuk itu sebagai satu imej untuk menunjukkan pada suami atau teman lelaki bahawa ada masa dan ketikanya tindakan mereka itu salah dan perlukan satu perubahan bagi membentuk perhubungan yang lebih baik.
Hasilan kajian itu diringkaskan seperti berikut:
Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)
1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.
14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
Mengapa wanita suka merajuk?
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).
1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb
osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.
12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.
17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.
SUMBER

Thursday, August 18, 2011

PETUA-PETUA

RAMBUT SELALU GUGUR

Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

ATASI MASALAH BULU KETIAK

Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT

Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.

WANGIKAN RAMBUT

Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut anda dengan air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi dan mencegahnya daripada beruban.

JIKA TERLEKAT TULANG

Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.Insya-allah,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

URUTAN WAJAH CARA BETUL

Muka akan Nampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

KHASIAT KUNYIT MUDA

Mingkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. Unutk mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan

ATASI SINKI TERSUMBAT

Cuba masukkan beberapa banyak aram kasar di dalam saluran sinki tersumbat. Selepas itu tuangkan air panas baru mendidih di dalam lubang sinki. Ulang beberapa kali hingga perjalanan air lancar semula.

CARA WANGIKAN ALMARI PAKAIAN

Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. Khusus bagi mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.
• Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari.

SERI DAUN INAI

Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.

JERAWAT

(a)Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.

(b)Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.

BAU MULUT

Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

Wednesday, August 10, 2011

JODOH LEWAT

Ada 6 faktor mengapa masih tidak bertemu jodoh.

Usaha Belum Sempurna

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

Belum Benar-benar Bersedia

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

Tiada Daya Penarik

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

Doa Tidak Makbul

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

Faktor Metafizikal

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

http://bhalaqah.blogspot.com

Tuesday, August 9, 2011

POSISI TIDUR MENURUT ISLAM




Diriwayatkan drp Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن…
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu.” (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:- Rujukan: Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.
 

Tidur dengan meniarap:
Dr Zafir al-Attar berkata: “Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. ”
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bhw berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri. Majalah ‘Times’ juga telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorg lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur & duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
 Tidur menelentang:
Dr Zafir al-Attar berkata: Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan meregangnya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.”
Tidur mengiring ke kiri:
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan & tidur mengiring ke kiri. Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 - 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yg tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik:
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dlm kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dgn baik. Ini memudahkan utk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.


Rujukan: Mausuah al-I’jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.



PANASKAN ENJIN PERLU KE TIDAK PERLU

 BACA JANGAN TIDAK BACA..



Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir
semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu
kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendahdan
sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu
pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang
memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit.Ada
yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai
stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk
memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga.
Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini
dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan
jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini
diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu
yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di
JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada
belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di
dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian
gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak
zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia
sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah
pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu.
Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga
enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta
sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua
tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi
biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini
perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda
bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di
Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan
dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak
digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen
nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan.
Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika
Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin
kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling)
melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini
ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang
terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu
persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin
kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur
ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Rasanya memang
dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu
Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature".
Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih
dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius.
Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah
bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik
jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau
pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan
pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan
berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat
dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk
kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke
dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding
silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami
kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang
tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung
minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan
hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam
pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang
tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia
akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari
ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan.
Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi
apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling),
bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap
air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan
paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang
dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia
pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk
mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran
sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini
termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida,
mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan
hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan
sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah
pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan
pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi Maka enjin dengan sesuka
hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang
sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar
bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang
berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat
berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu.
Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam
keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini
tidur dan tak bekerja. Apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan
enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api,
mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula
kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin
juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin
ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga
satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak
di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan
enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat
memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan
penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu
orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu
komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana
oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat
pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian
dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu
orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan
pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya
lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung
pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang
asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang
warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti
mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja
enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap
boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil
sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar
dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu
orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan
bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur,
dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu
enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh
menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang
ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin
dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus
ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah
hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
SUMBER DARI FACEBOOK.

Monday, August 8, 2011

BERCINTA SELEPAS KAWIN @ SEBELUM KAWIN




FIKIR-FIKIRKANLAH MANA LEBIH BAIK..
Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.

Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".

Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti

"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing

Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)

Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 
Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya....
-Artikel Iluvislam.com

KISAH SEKEPING HATI


Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yg sakit pada seseorang sehinggakan menitiskan airmatanya namun kita tidak melihat…kerana menangis dia dalam senyap…Menangis dia dalam hatinya..Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir…

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir..sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya..Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu..Dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan,mugkin dia melakukan perkara di luar kawal..Bimbinglah dia..tenangkan lah hatinya…

Di saat menitisnya air mata itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya. Dia akan menerima kata-katamu itu sebagai pemangkin semamgatnya yang membara..Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya..Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu..Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya...

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu,janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu..Senjaga dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rinduinya...Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya..Apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain dimatanya..Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu....

Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,jangan percaya kata-katanaya kerana dia hanya ingin mahu menguji kamu..Dia mahu melihat kamu sejauhmana kamu sanggup menjadi terbaik dimatanya...Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik dihatinya..selagi dia dengan kamu,percayalah walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi hatinya,kamu tetap yang terbaik..Kerana kamulah dunainya selamanya....

Dan kadang apabila dia berkata,”tolong tinggalkan saya!” ,dia tidak bermaksud menyuruh kamu anda pergi selamanya..Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja...Apabila sia kembali tenang,percayalah dia akan mencari anda semula..itu tandanya dia benar-benar menyintai anda..Perempuan sukar untuk mengawal perasaan..Dia terlalu emosional..Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu....

Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang...Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya..Jika anda bukan lelaki tersebut,sejauhmana langkahmu pasti tiada hasilnya...Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah si dia melepaskan di dalam jiwanya..Akan mengambil masa yang lama untuk pulih semula....

Luahan perasaan hati seorang perempuan kpd seorang yg akan menjd imamnya suatu hr kelak

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES



First time buat,alhamdulillah menjadi....
sy buat ni x cukup hawflakes nanti letak banyak2 baru sedap...





Bahan-bahan
5 biji telur(yg sejuk dari fridge)
225 gram gula halus/gula kastor
220 gram tepung naik sendiri(ayak)nak guna tepung gandum pun boleh
1 sudu teh baking powder(ayak)kalo guna tepung naik sendiri x payah buh baking powder
1 sudu besar ovallet
150ml susu cair
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
125 gram butter(dicairkan)majerin@minyak masak@minyak jagung pun boleh
Pewarna mengikut kesukaan
Asam hawflakes secukupnya

Cara membuatnya
Ayak tepung dan baking powder,campur kesemua bahan kecuali butter,asam hawflakes dan pewarna
Pukul adunan hingga sebati dan gebu
Masukkan butter yg dicairkan dan gaul sebati
Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna kesukaan pada tiap2 adunan
Loyang dialas kertas dan digris sekeliling
Sendukkan adunan pertama(contoh,warna kuning,ratakan dan susun asam hawflakes di permukaannya)
Kukus di atas dapur selama 5-7minit
Sendukkan adunan kedua(contoh,warna merah,ratakan dan susun asam hawflakes di permukaannya)
Kukus selama 5-7minit
Sendukkan adunan ketiga(contoh,warna hijau,ratakan dan susun asam hawflakes di permukaannya)
Kukus selama 5-7minit
Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun asam hawflakes dan kukus
Untuk lapisan yg akhir,kukus selama 20minit supaya kek masak keseluruhannya
Sejukkan dulu sebelum dipotong

Thursday, August 4, 2011

BULAN RAMADAN


Hari ke 4 berpuasa bulan Ogos,cepatnya masa berlalu hujung bulan ni raya..
moga-moga ramadan kali ini lebih baik dari tahun lepas,sesungguhnya bulan ramadan bulan seribu rahmat
Rasanya bulan ramadan masa aku terisi malam solat tarawih pukul 11mlm baru habis,pastu tido,bangun sahur,solat subuh dan pergi kerja itulah rutin seharianku...
Sekurang-kurangnya masa terisi dengan perkara yang bermanafaat dapat juga aku mendengar takzirah dari ustaz kat surau sekurang-kurangnya aku dapat sedikit sebanyak ilmu
Kalau berdekatan dengan keluarga boleh la aku merasa masakan mak,tapi nak buat macam mana merantau mencari rezeki berjauhan dari keluarga..teringin nak makan kuih-muih kelantan jala mas,tepung pelita,lompat tikam,nikbab,akok tapi x pelah bersabar insyallah maybe 27hb  ni aku akan pulang ke kampung merasai suasana berpuasa di kampung halaman dan beraya bersama keluarga tercinta..

LOMPAT TIKAM

KERJA PUNYA HAL

Warna warni kehidupan di pejabat 

-Ada lelaki 
& ada wanita 
- Ada yang pura2 rajin 
& ada yang bersantai 
- Ada yang pengampu 
& ada yang pak turut 

- Ada yang main games 
& yang tidur 

- Ada yang suka marah2 
& yang stress 

- Ada yang suka gosip 
& yang suka jalan2 

- Ada yang suka merosakkan harta pejabat 
& ada yang suka 
ulang alik ambil minum 


- Ada pujian 
& makian 
- Ada yang ceria 
& yang boring 
-Tapi katanya "We're a team" 

-So be fun 
, enjoy your time , your work & achieve the best 


APA PUN JUA PERBUATAN, INGAT!!!!! KERJA ITU SATU IBADAH, ASAL JANGAN MEROSAKKAN PERIUK NASI ORANG LAIN DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI..... .... SELAMAT BERTUGAS!!!
 
 
 
 
 
 
 

komen

get this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails