mutiaraaleesya.blogspot.com

JOM FOLLOW ME

Sunday, February 27, 2011

‘Air mata’ pokok petai dari keratan akhbar metro Oleh Zulfa Mohamad zulfa@hmetro.com.my

PELIK...Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal.
KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.
Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.
“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.“Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.
“Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis’.
“Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,” katanya.Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

PENANG

KERJA SAMBIL TU MAKAN ANGIN HEEEE...

PEMANDANGAN PANTAI MIAMI YANG CANTIK SESEKALI MEMANDANG PANTAI DAMAI RASA HATI CANTIK CIPTAAN ALLAH S.W.T.
 PANTAI YANG BERSIH BANYAK BATU-BATU DI TEPIAN PANTAI..HARI MINGGU RAMAI ORG YANG DATANG BERSAMA FAMILY MANDI MANDA.
SESEKALI MELIHAT GAMBAR NI KELAKAR RASANYA.MAKAN JAGUNG BAKAR SAMBIL MELIHAT PANTAI JAGUNGNYA BESAR DAN SEDAP GI SANA JANGAN LUPA MAKAN JAGUNGNYA MEMANG BEST DAN TIDAK LUPA ROJAK BUAH PENANG MEMANG BEST SEDAPNYA SANGAT RASANYA.
 
SEMPAT LAGI MENGAMBIL GAMBAR KERANG BENTUK SHELL.
 SENYUM JANGAN TIDAK SENYUM,SENYUM ITU SATU SEDEKAH HEEE...HEEEE

komen

get this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails