mutiaraaleesya.blogspot.com

JOM FOLLOW ME

Sunday, February 27, 2011

‘Air mata’ pokok petai dari keratan akhbar metro Oleh Zulfa Mohamad zulfa@hmetro.com.my

PELIK...Norhayati menunjukkan air yang ditadah bawah pokok petai yang didakwa menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal.
KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.
Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.
“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.“Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.
“Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis’.
“Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,” katanya.Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.

PENANG

KERJA SAMBIL TU MAKAN ANGIN HEEEE...

PEMANDANGAN PANTAI MIAMI YANG CANTIK SESEKALI MEMANDANG PANTAI DAMAI RASA HATI CANTIK CIPTAAN ALLAH S.W.T.
 PANTAI YANG BERSIH BANYAK BATU-BATU DI TEPIAN PANTAI..HARI MINGGU RAMAI ORG YANG DATANG BERSAMA FAMILY MANDI MANDA.
SESEKALI MELIHAT GAMBAR NI KELAKAR RASANYA.MAKAN JAGUNG BAKAR SAMBIL MELIHAT PANTAI JAGUNGNYA BESAR DAN SEDAP GI SANA JANGAN LUPA MAKAN JAGUNGNYA MEMANG BEST DAN TIDAK LUPA ROJAK BUAH PENANG MEMANG BEST SEDAPNYA SANGAT RASANYA.
 
SEMPAT LAGI MENGAMBIL GAMBAR KERANG BENTUK SHELL.
 SENYUM JANGAN TIDAK SENYUM,SENYUM ITU SATU SEDEKAH HEEE...HEEEE

Wednesday, January 5, 2011

ON SITE 4&5 JANUARI 2011


INI NAMANYA CORO UNTUK MENGUKUR JARAK


INI RAKAN-RAKAN SEKERJAKU PREM & NAJIB SEMPAT LAGI POSING.DALAM PERJALANAN BALIK OFFICE

Tuesday, January 4, 2011

JALAN-JALAN CARI MAKAN 03JANUARI 2011(SETAPAK)

GAMBAR TERBARU KU 2011..TAHUN BARU AZAM BARU SEMOGA AZAM TAHUN INI TERCAPAI,KINI AKU BEKERJA DI KUALA LUMPUR INGAT NAK TERUS JEA BEKERJA KAT KEMAMAN TAPI PELUANG TIADA LALU TERPAKSALAH AKU BERHIJRAH KE SINI MENCARI KEJE SEMOGA ALLAH SWT SENTIASA MURAHKAN REZEKIKU DAN PERMUDAHKAN SEGALANYA.
SELAMAT HARI LAHIR IZA MOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI...SEMOGA MENDAPAT JEJAKA IDAMAN HEEEE...JANGAN MARAH SMILE

03.01.2011 HARI INI HARI JADI IZA...MASIH BERTAMBAH UMUR IZA APA-APA PUN SEMOGA SENTIASA CERIA DAN SEMPENA TAHUN BARU NI JUGA SEMOGA KITA BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Tuesday, December 21, 2010

Cerita-cerita

Begitu sukar untuk ku mengerti kenapakah dia selalu hadir sekadar hanya untuk menyakiti hati ku...
manusia yang sukar berubah..tiada salahnya kalau berubah untuk kebaikan diri sendiri..adakah caranya itu sekadar hanya untuk menyakiti...cukup sudah disini saja...biar aku pendam luka..hati pedih hati sedih...mengenangkan kisah dulu pergilah kau jauh dari hidupku...jika sekadar menyakiti...luka dihatiku masih berdarah...nampak tenang saja wajahku..itulah aku harus teruskan perjuangan hidupku aku harus berdiri teguh hadapi kehidupan ini keseorangan aku keraskan hati ini walaupun membekas luka dihati akan ku cuba lupakan dirimu jauh ke lubuk hati yang paling dalam,
Walaupun begitu sukar ku padam wajahmu dari hatiku...tiada gunanya aku mengharapkan dirimu yang x pernah menghargai diriku..pergilah jauh dari ku walaupun sebenarnya aku rindukan dirimu,biarlah takdir penentu segalanya.

Wednesday, October 13, 2010

DISAAT SUSAH SENANG


Hatiku ini tuhan saja yang tahu...entah mengapa apa yang kurasakan..susah itu ujiannya buat kita..
disaat susah siapa bersama kita?disaat senang ramai yang datang,itulah kehidupan yang penuh dengan pancaroba hidup yang penuh dengan kepahitan & kemanisan. Pahit itu kurasakan begitu susah kutelan begitu perit kurasakan....begitu sayu rasa hatiku ini..hanya kesabaran & doa yang mampu ku pohon kepadanya..moga-moga aku diberi kekuatan & dipermudahnya segala urusan....

Tuesday, August 24, 2010

SELAMAT BERPUASA

Dah lama tidak up-date blog sibuk sikit...apa pun selamat berpuasa kawan-kawan semua.semoga bulan ramadan ini membawa seribu rahmat buat kita semua.....

Tuesday, July 27, 2010

KENALI LELAKI MELALUI GAYA RAMBUTNYA

RAMBUT LURUS
-bijak, seorang yang happy,bergaya,cemburu dan berpotensi dlm bidang kesenian
RAMBUT KERINTING TEBAL
-kurang bijak,degil,kuat cemburu,romantik,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri,tidak suka termenung
RAMBUT KERINTING NEGRO
-bijak,ego,cemburu buta,romantik,memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak menyelesaikan masalah
RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.
RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
 RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah
.RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang. 
RAMBUT KUSUT
- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
 RAMBUT BERUBAN
-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)
 RAMBUT MOHICAN/PUNK
- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.
RAMBUT BOTAK
- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya..
 RAMBUT ALA 'ZAIBO'
- sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.
 RAMBUT PALSU
- bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.
 RAMBUT ALA 'PUA CHU KANG'
- don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenaper?? tak percayaee??
 RAMBUT 'RONALDO'
- rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi " saja suka2....sekadar hiburan........


Wednesday, July 21, 2010

Kantoinyer seorang suami

Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sebenar nye dating)...dan melihat isterinya menangis teresak2... Suami : kenapa ni yang?
Isteri : Sudahla bang..lepaskan saja saya ni!!
Suami : Eh..kenapa awak cakap camtu plak??
Isteri : Saya tahu..awak ada jumpa perempuan len kan?
Suami : Eh...apa awak cakap ni??
Isteri : Sudahla bang..semua nya dah tebukti...ada perempuan yang jawab telefon masa saya call awak...dah banyak kali..
Suami : Eerr..aaa... ba..baik la..abang mengaku..abang ada perempuan len..tapi..apa yang perempuan tu cakap kat awak?
Isteri : Huh..nyampah. ..mentang2 saya tak tau omputeh...tapi saya ada hafal apa yang dia cakap..
Suami : dia cakap apa?
Isteri : dia cakap.."The number u have call..cannot be reached at this momment..please try again"..asal saya telefon je..dia cakap camtu...dia tak reti cakap melayu ke????

Heheh. sekadar untuk merehatkan otak..(^^)

Friday, July 9, 2010

MAIN BOWLING

HARI INI AKU PERGI BERMAIN BOWLING DI MESRA MALL SEMPAT LAGI PERGI MAIN BOWLING WAKTU REHAT KAK ZURA,KAK ZU,KAK WATIE & AKU KAMI BERMAIN BOWLING SAMA-SAMA.
MULA-MULA NAK MAIN TU AKU TIDAK PERASAN PUN MAIN AMBIL JEA KASUT TU.
MASA AKU NAK AKU NAK PAKAI KASUT ITU BARU PERASAN RUPANYA DIA BAGI AKU KASUT DUA BELAH SEBELAH KIRI MACAM MANA AKU NAK PAKAI KELAKAR BETUL AKU PERGI TUKAR ORANG TU GELAK HAAA.....APALAH AKU NI BOLEH PULA TIDAK PERASAN KASUT DUA BELAH SEBELAH KIRI KAU ORANG PERNAH KE MENGALAMI PERKARA YANG SAMA DENGAN AKU HA...HAAAA.....

komen

get this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails