mutiaraaleesya.blogspot.com

JOM FOLLOW ME

Saturday, April 17, 2010

RINDU

Rindu suatu perasaan yg hadir,rindu pada seseorang yg pernah aku sayangi tp hatinya mungkin sudah melupakan diri ini,buat apa mengharap kasih pada yang x sudi mungkin aku patut memberi peluang pada yang sudi menyanyangi diri ini tp mengapa begitu sukar untuk aku memadam semua tu,walaupun dia selalu melukakan hati ini mengapa aku masih tidak boleh lupakan dia...sudah banyak air mata ini menitis kerana mu..kenapa dirimu sanggup menipu diri ini,aku terlalu sabar dgn apa yg berlaku...ya allah bukakanlah pintu hati ini buat insan lain...bagiku klu jodoh x kemana..semoga kau berbahagia dgn kehidupanmu,janganlah kau mempermainkan hati dan perasaan insan sepertiku lg sebagaimana kau mempermainkan hati ini sudah cukup lah kau selalu meminta maaf pd ku....kdg2 aku selalu terfikir ini kah balasan utk aku kerana sudah banyak aku menolak cinta insan yg menyukai diri ini..tp aku nak buat mcm mana hati ini pada ketika itu belum terbuka lg utk menerima cinta..sejak sekolah lg aku tidak suka bercinta..

Wednesday, April 7, 2010

1ST GIVEAWAY FROM ZATI

16-04-2010
Nie 1st time saya join Giveaway....
Kali nie Giveaway dianjurkan oleh zati
Harap2 boleh menang....
Referrel : LyaFrina
Jom sama2 kita join :- KLIK DISINI

RUGI DUNIA AKHIRAT KLU TAK BACA

subject: Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata..

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan ....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm...aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia. .
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam. ....

Kajian....ALLAH je mengetahui.. ....
Assalamualaikum .....

Mesti korang terkejutkan. .neway , just bace dulu n evaluate it later... Allah sahaja yang tahu kebenarannya.

[Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan
1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
tahun..... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066....

* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke
bumi... Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi...
Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007....
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan
semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun
dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... .

* Wallahu'alam. ... Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan
bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara
berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel
seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak
kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj
yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang
jangan risaula..aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan
kesejahteraan untuk semua umat Islam..

P/s : plz sebarkan msg nie kat semua kgkawan kite yg beragama Islam....

Wallahua'lam. ..

Tuesday, March 16, 2010

JODOH...renungkanlah sedlm-dlmnya

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti!

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Tuesday, February 9, 2010

7 FEBUARI 2010



PERLAWANAN BOWLING KAT MESRA MALL














Kelab kesures buat perlawanan bowling
pemainnya 34 0rang bermula jam 8.30mlm......
masing2 yg dah berkeluarga bawa family masing2 anak2,isteri & suami
aku sebenarnya x pandai main bowling pun heee..
mula-mula main masuk longkang kelakar gak punyalah kuat aku gelak
rasa kelakar jea biasalah jarang main,aku main bola 12kg berat x beratlah..
game ke 2 & ke 3 br ok aku main strike tu cam x caya heeee...
kira ok la aku main dari first game...rasa seronok gak hilang semua kekusutan ku...

Wednesday, February 3, 2010

SEMALAM

Dia mengatakan bahawa dia ada penyakit barah hati aku terkedu,
tiba-tiba air mata ku mengalir betulkan apa yang dia cakapkan
rasa macam x percaya,aku x tahu apa yang aku nak cakapkan

apakah perasaan ku ini....aku x tau situasi aku ni mcm ne sebenarnya aku menyanyanginya sukar utk kuluahkan..hanya allah lebih mengetahui,terlalu sukar aku nak melupakannya bukan mudah utk aku jatuh cinta...tp aku x tau apa perasaan dia terhadap aku sekarang..klu boleh aku nak hidup bersamanya hingga ke akhir hayatnya tp aku x tau adakah dia jodohku,adakah dia betul2 mencintai aku..x semestinya apa yang kita nak kita akan dapat kan..

Monday, February 1, 2010

Doa Cepat Jodoh & Doa Putus Cinta (Hati Kecewa)

Doa Cepat Jodoh & Doa Putus Cinta (Hati Kecewa)

Jika Si Dia Bukan Milikmu

Jika Si Dia Bukan Milikmu

Tuesday, January 26, 2010

KALAU NAK TERUS MAJU

Kena ada 4 perkara
1.ILmu
2.Kemahiran
3.PeNgetahuan
4.Sikap

nak maju kenalah berhijrah ubah diri..usaha jangan mudah putus asa
kegagalan itu kekuatan kita untuk berjaya...jika kita diuji kita kena cr jalan terbaik untuk menyelesaikannya..

Thursday, January 14, 2010

TAHUN 2010

Tahun baru 2010..
azam baru lupakan kisah lalu bina hidup baru..jadikan pengalaman lepas sebagai kekuatan untuk hari depan...

komen

get this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails