mutiaraaleesya.blogspot.com

JOM FOLLOW ME

Thursday, March 3, 2011

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.  

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah

manusia yang  ketika di dunia, mereka 
akan meninggalkan 
pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila

terdengar azan.  

Yang kedua ialah cahaya wajah 

mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.  

Cahaya yang ketiga ialah cahaya

mereka seperti matahari. 
 Mereka di dunia sudah bersiap 
sedia di dalam masjid 
sebelum azan lagi." 

Kala Jengking Neraka
 

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang
dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy"
berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. 

Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy!

Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu

mencari lima orang.
Pertama, orang yang

meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu 

keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka

kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang

dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
 

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan

kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian
muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah  


A
langkah berbahagianya anda semua
yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di masjid2 
maupun disurau2..Amin. Wasallam.
Semoga Allah merahmati kita semua 
dan mengampuni segala dosa2 kita
yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah
yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan 

dan mengingati Allah swt. Secara tidak 
sedar kita sentiasa didakwah
sebanyak 5X sehari.
Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti

yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat
untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah

kepada Nabi Ibrahim alaihisallam)
muazin itu akan mendapat pahala umat islam 
seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.      

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya 
masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. 
Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan
orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, 

keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan '  sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah

kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya
ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar

mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa
pun semasa azan berkumandang . Sebaga
i orang beragama
Islam kita wajib menghormati azan Banyak

fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh

mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan
kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan  kelunya lidah kita
semasa ajal hampir tiba maka kita tidak
dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."
yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika

nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon

kepada Allah supaya lidah  ini
tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya  Allah!  Anugerahkanlah

kematian kami dengan
kematian yang baik lagi mulia,
lancarkan lidah kami  mengucap  kalimah
"Lailahaillallah. .."
semasa sakaratul  maut
menghampiri  kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin ..

sumber dari email



No comments:

Post a Comment

komen

get this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails