mutiaraaleesya.blogspot.com

JOM FOLLOW ME

Wednesday, May 5, 2010

TIPS MENCARI PASANGAN HIDUP


Jikalau anda pernah menonton filem Sleepless in Seattle, mungkin anda akan percaya bahawa kita perlu berusaha dan kadang kala mesti bersusah-payah untuk bertemu dengan idaman kalbu. Lihat sahaja bagaimana Meg Ryan yang comel itu berusaha untuk bertemu dengan Tom Hanks, walaupun kedua-duanya terpisah dengan jarak yang begitu jauh. Tetapi kerana tarikan yang Meg rasakan tiada gantinya, dikuatkan juga semangat untuk menjejaki Tom Hanks, yang beliau rasakan adalah cinta abadinya.

Filem itu juga membuktikan yang perkenalan juga memerlukan bantuan daripada orang sekeliling atau pun “posmen”. Tanpa bantuan anak lelaki Tom Hanks, mungkin Meg Ryan tidak akan berpeluang langsung untuk bertemu dengan Tom Hanks.Kehidupan seharian kita juga tidak banyak bezanya, berikut adalah beberapa cara untuk bertemu, mendapat atau berkenalan dengan calon idaman kalbu.

1. Minta ibubapa carikan calon pasangan hidup Bincang dengan ibubapa dan beritahu mereka tentang ciri-ciri wanita atau suami yang anda ingini. Tetapi pastikan mereka tidak menabur janji sebelum mendapat persetujuan anda.
2. Minta bantuan rakan-rakan Beritahu rakan-rakan bahawa anda sedang mencari calon yang sesuai supaya mereka boleh memperkenalkan kenalan yang mereka rasa sesuai dengan personaliti anda.
3. Chat di IRC Ini merupakan kaedah percintaan zaman siber mirip cerita filem romantik You’ve Got Mail. Ada yang bertuah dan dapat bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan diri mereka. Jangan terkejut bahawa ramai yang telah ke jinjang pelamin selepas berkenalan di internet.
4. Mencari peluang di tempat kerja Apa kata jika anda berkenalan dengan rakan sekerja tapi jangan sampai dikenali sebagai Romeo pula. Kadang-kala rakan semasa makan tengahari pun boleh bertukar menjadi teman sehidup semati.
5. Sertai Pelbagai Aktiviti Rajin-rajinlah berjogging di tasik ataupun sertai organisasi yang menganjurkan aktiviti kesukaan anda. Jika anda gemar berkayak, masuklah persatuan berkayak tempatan. Kemungkinan besar anda boleh berkenalan dengan pasangan yang berkongsi minat yang sama.
6. Kenalan Keluarga Ramai juga yang berkahwin dengan orang yang dahulunya sering berkunjung ke rumah semasa anda masih hingusan lagi. Abang atau kakak tentu dapat memperkenalkan anda kepada rakan-rakan mereka. Lihat sahaja Amy Mastura yang telahpun selamat berkahwin dengan abang kepada rakan baiknya semasa di sekolah dahulu.
7. LRT Anda mungkin tidak percaya… tetapi saya sering memerhatikan orang yang turun naik LRT. Setiap hari anda mungkin akan bertemu dengan orang yang sama. Tiada salahnya jika anda menegur sapa sekadar berkenalan. Cubalah. Mungkin anda bernasib baik.
8. Hubungi Rakan Lama Mungkin semasa bersekolah anda ada meminati seseorang. Tiada salahnya jika anda kembali aktif di majlis alumni dan mula menghadiri reunion yang diadakan. Manalah tahu, jika ada diantara ‘seniors’ atau ‘juniors’ yang meminati anda semasa dahulu akan melakukan perkara yang sama. Sudah tentu anda dapat berkongsi pengalaman lucu bagaimana bergayanya anda apabila berambut panjang serta berseluar senteng gaya seorang “rockers” dahulu. Pasti riuh-rendah!
9. Dengar Lagu Cinta Mendengar lagu romantik boleh menaikkan semangat bahawa anda akan berpeluang untuk jatuh cinta . Ingatkah anda kepada lagu nyanyian Savage Garden yang bertajuk I Knew I Love You Before I Met You. Lagu itu memberi harapan bahawa memang ada seseorang yang istimewa untuk setiap orang, cuma persoalannya ialah samada akan bertemu atau tidak.
10. Berdoa Kepada Tuhan Setelah menunaikan sembahyang, rajin-rajinlah berdoa kepada tuhan supaya kita dipertemukan jodoh. Insyallah jika itu yang terbaik untuk diri kita, ianya pasti akan berlaku.”

Allahualam..

No comments:

Post a Comment

komen

get this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails