mutiaraaleesya.blogspot.com

JOM FOLLOW ME

Wednesday, May 26, 2010

TANDA-TANDA ANDA TERKENA SIHIR

Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !

i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.
ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.
iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.
iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)
v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.
vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.
vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.
viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.              
 ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.
x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.
xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.
xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.
xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya

Tanda2 sihir, saka, histeria, gangguan makhluk halus

TANDA – TANDA KETIKA JAGA

1. Sering sesak nafas terutama diwaktu petang & tengah malam tanpa sebab.
2. Sering sakit kepala yg. luarbiasa, makan ubatan moden pun xsembuh2, doktor kata anda ok je.
3. Kadang2 pengsan tanpa sebab, jumpa doktor, tapi doktor kata anda penat kot.
4. Rasa takut tanpa sebab.
5. Sakit tulang belakang, dah pergi jumpa tukang urut&doktor tapi jawapannya…anda xde masalah..pelik betul kita sakit tapi dia kate kita sihat lak.
6. Fikiran runsing tanpa sebab.
7. Terdengar suara bisikan ditelinga

TANDA2 KETIKA TIDUR

1. Sering mimpi jatuh dari tempat tinggi.
2. Mimpi binatang seperti ular.
3. Mimpi bermain dengan kanak2 kecil.
4. Sukar tidur tanpa sebab.
5. Mimpi terbang, jumpa hantu.
6. Mimpi pergi ke perkuburan

KESAN2 SIHIR

1. MURTAD
2. MAUT
3. GILA
4. SAKIT & MENDERITA BERTERUSAN
5. PERCERAIAN

Tuesday, May 25, 2010

ISYARAT KEMATIAN

Tanda-tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama daripada Allah s.w.t kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda2 ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda-tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda tersebut.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada dan mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda-tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah s.w.t.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi bila Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat Maut ini ujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda-tanda 7 hari sebelum hari mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak mahu makan tetapi secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda-tanda 3 hari sebelum hari mati

Pada ketika ini akan merasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga, mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda-tanda 1 hari sebelum hari mati

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di bahagian belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya.

Tanda-tanda akhir sebelum hari mati

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Monday, May 24, 2010

KACANG

JIKA ANDA ELAKKAN DARIPADA MEMAKAN KACANG KERANA BIMBANG IA AKAN MENIMBULKAN JERAWAT DIWAJAH ANDA,BAIK LUPAKAN SAHAJA KEPERCAYAAN TERSEBUT.KACANG SEBENARNYA MEMBANTU MENSTABILKAN PARAS GULA DARAH(GLUKOS).OTAK BERGANTUNG KEPADA GLUKOS INI UNTUK MEMASTIKAN PERUT MERASA KENYANG.OLEH SEBAB GLUKOS TIDAK DAPAT DISIMPAN,IA BERGANTUNG KEPADA TENAGA YANG BOLEH MENGEKALKANNYA,YANG MANA FUNGSI INI ADA PADA KACANG.ANDA BOLEH MENGAMBIL KACANG LENTIL & KACANG HITAM SEBANYAK 1/2 CAWAN SETIAP HARI.

Sunday, May 23, 2010

WHAT A CRAB









YA ALLAH

Thursday, May 20, 2010

MUTIARA KATA

  • Jika seseorang tidak mencintai anda janganlah dia anda benci, karena mungkin akan tumbuh benih cinta kembali.
  • Jika rasa cinta terbalas, maka bersyukurlah karena Allah telah memberikan hidup lebih berharga dengan belas Kasih-Nya.
  • Jika orang berpegang pada keyakinan, maka hilanglah kesangsian. Tetapi, jika orang sudah mulai berpegang pada kesangsian, maka hilanglah keyakinan
  • Rahmat sering datang kepada kita dalam bentuk kesakitan, kehilangan dan kekecewaan; tetapi kalau kita sabar, kita segera akan melihat bentuk aslinya
  • Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar. ~ Nabi Muhammad SAW
  • Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak. ~ Khalifah ‘Ali
  • Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk. ~ Imam An Nawawi
  • Tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau. Tiada insan berdosa yg tak punyai masa depan

KEBOSANAN


AKU BOSAN..MESTI KORANG PERNAH RASA BOSAN KAN..
AKU RASA BOSAN LA APA AKU NAK BUAT NI?
TERINGAT PADA SESEORANG..KENAPA DIRIKU MASIH MENGHARAP PADA SESUATU YANG TIDAK PASTI
AKU TAHU HARAPAN AKU TU X KAN KESAMPAIAN APAKAN DAYA AKU HANYALAH INSAN BIASA BISA
TERLUKA OLEHMU,AKU SENTIASA MENDOAKAN DIRIMU BAHAGIA DENGAN SIDIA..SEMOGA DIRIMU BERUBAH MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK...KENAPA BEGITU SUKAR UNTUK AKU MELUPAKAN DIRIMU
WALAUPUN DIRIMU SELALU MENYAKITI HATIKU...SELAMAT BERBAHAGIA DENGAN SIDIA..

Monday, May 17, 2010

MALAS

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat

Rajin belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari
Seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
K atan ya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".
Tiba-tiba d atan g seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan"..
Maka raja pun terdiam?
Tanpa disangka2 d atan g seorang budak lelaki d atan g kepadanya
sambil berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".
KAH . KAH . .KAH . .!!!!!!!!!

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

AKU INGIN UCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA CIKGU2 YANG PERNAH MENDIDIKKU
TERIMA KASIH CIKGU...SELAMAT HARI GURU .....
TANPA GURU SIAPALAH KITA KAN..KERANA GURU KITA MENDAPAT ILMU UNTUK MASA DEPAN
KLU INGAT ZAMAN2 SEKOLAH DULU CIKGULAH YG MENGAJAR KITA MEMBACA,MENULIS....MEMBERI KITA MCM2 ILMU PENGETAHUAN,KLU INGAT MASA SEKOLAH DULU RASA INGIN KEMBALI BALIK KE SEKOLAH BEST GAK MASA SEKOLAH-SEKOLAH DULU..TP YANG AKU INGAT KENA DENDA KAT CIKGU HEEEE...
TERINGAT KISAH TU RASA CAM KELAKAR GAK...KAU ORANG PERNAH KENA DENDA KE? ATAU KENA PUKUL OLEH CIKGU AKU PERNAH KENA PUKUL DGN CIKGU..KENA ROTAN KAT BELAKANG SAKIT BETUL RASANYA,X INGAT SIFIR MASA TU SEKOLAH RENDAH HEEE....

Wednesday, May 12, 2010

SELAMAT HARI IBU-9 MEI 2010

INI LAH MAMA KU.

SELAMAT HARI IBU MA SAYANG........
KAK LONG DOK JAUH X LEH NAK BAGI LG HADIAH KAT MA..TUNGGU KAK LONG BALIK KG NANTI
APA PUN KAK LONG SAYANG SANGAT KAT MA
KAU LAH RATU HATI KU
PENGORBANAN MU TIADA AKHIRNYA...
TERIMA KASIH MA DI ATAS SEGALA PENGORBANAN MU MEMBESARKAN KU HINGGA DEWASA
TERIMA KASIH MA,SAYANG MA...

komen

get this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails