mutiaraaleesya.blogspot.com

JOM FOLLOW ME

Thursday, April 5, 2012

PROSEDUR PERSEDIAAN PERKAHWINAN DIMALAYSIA





Berikut adalah prosedur persediaan untuk permohonan perkahwinan di Malaysia :

1. Sediakan dokumen-dokumen rasmi secukupnya. Dokumen-dokumen tersebut adalah:

Salinan IC
Salinan Surat Beranak
Salinan Surat Nikah Ibubapa
Salinan IC wali
Gambar pasport bersongkok/bertudung
Salinan Sijik Kursus Pra-perkahwinan
Kebenaran majikan bagi anggotan Polis dan Tentera
Surat pengakuan bujang dari majikan atau Ketua Kampung (lelaki sahaja)
Surat cerai jika pernah berkahwin sebelum ini
2. Menghadiri kursus pra-perkahwinan.

3. Dapatkan wali.

4. Menjalani ujian HIV. Prosedur ini wajib dilakukan hanya di hospital kerajaan sahaja.

5. Permohonan kebenaran berkahwin di Jabatan Agama Islam Negeri.

6. Pendaftaran perkahwinan anda selepas majlis akad nikah. Prosedur ini hendaklah dilakukan dalam masa 7 hari dari tarikh anda bernikah.

Itulah dia beberapa langkah dan prosedur yang wajib anda lalui jikalau ingin berkahwin. Anda boleh rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing anda untuk maklumat lanjut.

4 comments:

  1. Yang part no 4. Menjalani ujian HIV. Prosedur ini wajib dilakukan hanya di hospital kerajaan sahaja.

    Yang ni kene buat appointment awal skit. sebab kene tunggu queue panjang antara seminggu-sebulan.

    Selamat berumahtangga!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih infonya, tips yang sangant berguna untuk pasangan yang ingin ber kahwin

    ReplyDelete
  3. tq atas information.nak tnya selepas siap semua anta borang kat pejabat agama.berapa pejabat agama akan call ? lma x .

    ReplyDelete

komen

get this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails