mutiaraaleesya.blogspot.com

JOM FOLLOW ME

Monday, June 28, 2010

DOA-DOA

Doa dimudahkan segala urusan
" Allaahumma innii as-aluka tamaaman ni'mati asy-yaa'l kullihaa wasy syukra laka 'alayhaa hattaa tardhaa wa ba'dar ridhaa, wal khirayata fii jamii'l maa yakuunu fiihil khiyaratu wa bijamii'l masyuuril umuuri kulliha laa bima'suuriha yaa kariimu.

maksudnya: Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu kesempurnaan nikmat pada segala perkara dan mensyukuri-Mu atasnya, sehingga Engkau reda dan sesudah reda itu lalu aku mohonkan pula kepada-MU.

Doa ketika menghadapi kesulitan
"Allahumma Laa shla illaa maa ja'altahu sahlan wa anta taj'ualul hazna idzaa syi'ta sahlan.

maksudnya: Ya Allah, tiada yang mudah selain yang Engkau mudahkan dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau mengkehendakinya jadi mudah.(Riwayat Ibnu Hibban)

Doa mohon ketenangan dalam menghadapi musibah
"Allahummarzuqnii nafsan muthma'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardha biqadhaa 'ika.

maksudnya: Ya Allah, berilah kami hati yang tenang, yang beriman akan saat perjumpaan denganMu dan reda menerima segala ketetapan-Mu.

Doa ketenangan jiwa
" Rabbanaa afrigh 'alaynaa shabran wa tsabbit aqdaamanaa wahshurnaa 'alal qawmil kaafirina. Rabbanaa la tuzigh quluubanaa ba'da idz hadaytana wa hablanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaabu. Allaahumma tsabbitnii an azilla wahdini an adhilla. Allahumma kamaa hulta baynii wa bayna qalbii, fahul baynii wa baynasy syaythaani wa 'amalihi. Allaahumma 'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika qa taqna'u bi'athaa'ika.

maksunya: Ya Tuhan Kami, curahkanlah kesabaran keatas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir. ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjukkan dan berilah kami rahmat-Mu kerana Engkau adalah yang Maha pemberi. Ya Allah kukuhkanlah imanku, dan berilah aku petunjukk dari kemungkinan sesat. Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan syaitan serta perbuatannya. Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan reda atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

Doa menghadapi kesedihan, kelemahan, kemalasan, takut, banyak hutang dan penindasan.
" Allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazani wa a'uudzu bika minal 'ajzi wal kasali wa a'uudzu bika minal jubni wal bukhli wa a'uudzu bika min ghalabatid dayni wa qahrir rijaali."

maksudnya: Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung pada-mu dari kemalasan dan aku berlindung pada-Mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung pada-Mu dari tekanan hutang dan paksaan orang lain.

Doa memelihara kesihatan diri
" Allahumma 'aafinii fii badanii. Allaahuma 'aafinii sam'ii. Allaahumma 'aafinii fii basharii. Allahumma inni a'uudzu bika minal kufri wal faqri. Allahumma innii a'uudzu bika min 'adzaabil qabri laa illaaha illaa anta.

maksudnya: Ya Allah, sembuhkanlah badanku. YA Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksaan kubur, Tiada Tuhan selain-Mu.( Riwayat Abu Daud)

Doa menolak bencana
"Laa ilaaha illalaahul kariimul 'azhhiimu. subhaanahu tabaarakalaahu rabbul 'arsyil 'azhiimi. Alhamdulillaahi rabbanaa aatinaa fid dun-yaa hasanatan wa fil aakhirati hasanatan wa qinaa 'adzaaban naari."

maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung. Maha suci Dia, Maha Berkat Allah Tuhannya 'arasy yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.( Riwayat Nasa'i)

CAR SPORT

JOM MENJAMU MATA.....

MANA SATU PILIHAN KAMU PILIH LA YEA MANA BERKENAN DIHATI HEEEEE...

Thursday, June 24, 2010

30 Rahsia wanita yang lelaki perlu tahu


Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana?  Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, June 22, 2010

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan. Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. 
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

Sunday, June 20, 2010

DOA

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi
Ya ALLAH Ya Tuhanku
Seandainya telahKAU takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Dan peliharakanlah diriku dari kekecewaan
Ya ALLAH Ya Tuhanku
Berikanlah diriku kekuatan
Melontarkan bayangannya kedada langit
Agarku rasa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Seandainya dia datang menemuiku
Cinta itu adalah cinta sejati dan satu
Seandainya dia tidak datang menemuiku
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi
Ya ALLAH Ya Tuhanku
Pasrahkan apa yang engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
Kerana ENGKAU maha mengetahui
Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini
Ya ALLAH Ya Tuhanku
Cukupkanlah ENGKAU saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun akhirat
Menjuruskan kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama² dapat membina kesejahteraan hidup yang ENGKAU redhai
Dan kurnikanlah padaku keturunan yang soleh
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada
pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu…
Amin ya rabbal al amin

SELAMAT HARI BAPA 20 JUN 2010


SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA BAPA-BAPA DAN TIDAK LUPA JUGA AKU UCAPKAN SELAMAT HARI BAPA KEPADA ABAH KU SELAMAT HARI BAPA ABAH SEGALA PENGORBANAN MU MENCARI REZEKI UNTUK KAMI ADIK BERADIK TIDAK DAPAT KU BALAS...TERIMA KASIH ABAH....

Wednesday, June 16, 2010

AKSI ANAK BUAHKU

nape mata Damia cam tu heee...pakai nak pakai selipar yea...
comelnya rambut Damia fesyen apa tu....

Thursday, June 10, 2010

CIUMAN PEROKOK BOLEH MEMBUNUH

Aku baca di Malaysia Kini,kita sama-sama baca betapa bahayanya merokok kesannya terhadap kanak-kanak
Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.
Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka."Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium."Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia.
- Bernama

Wednesday, June 9, 2010

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER

Aku dapat masej Ben Ashaari...untuk menyertai kelab blogger
antara syarat-syaratnya :- sesiapa yang berminat buat entri yang mana perlu

1) letak logo KELAB BLOGGER .. linkkan ke sini >> http://bit.ly/d1ss19
2)letak tajuk dibawah logo tersebut >> SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER dan linkkan ke entri   ini

Terima kasih Ben Ashaari kerana sudi menjelajah  blog saya.

Monday, June 7, 2010

LANGKAWI

Sampai kat jeti terminal feri kuala perlis masa ni pukul 8pagi,muka pun kusam je..heeeee
kat atas feri menuju ke pekan kuah perjalanan sejam..rasa mcm lama je kat atas feri tu..

kat jeti kuah cantik betul airnya jernih...banyak kapal2....wow cuaca pun boleh tahan panas...
 gelagat aku kat atas paha lelaki tu hee...x malunya..pakwe yerks...ni kat chalet
 ni kat Idaman Suri tempat nak shopping pinggan mangkuk,coklat..macam-macam ada....klu kau orang nak shopping tempat yang murah dekat ISMAIL GROUP kat situ memang murah coklat macam2 jenis ada pinggan mangkuk pun murah...belilah kat ISMAIL GROUP...
 Pinggan mangkuk kat Kedai Ismail Group..cantik-cantik kan harganya pun murah
ni pula masa kat makam mahsuri.....


kat underwater world...LANGKAWI....


Pantai Chenang ...masa ni cuaca panas..tu muka ku berkerut-kerut heeee....
 kat kota mahsuri...kat sini la mahsuri mati dibunuh...
 masa ni kat dlm kereta kabel,ma aku takut sebab tinggi sangat haaaaa...muka ma aku ketakutan..
kat Gunung Mat Cincang....bersama adik lelaki aku...
 tinggi betul...cuaca sejuk...
Bercuti bersama family di Langkawi..........

Cuti2 with my BFF


Aku dan bff aku jalan-jalan kat kelantan kota bharu,rantau panjang..jalan-jalan cuti-cuti masa ni cuti 3 hari hari wesak apa lg balik kampung la.Aku ajak bff aku ikut aku balik kg bawak dia pi jalan-jalan kat kelantan
lagipun aku balik sorang leh la bff aku temankan aku balik kampung...tapi 3 hari tu rasanya sekejap sangat
banyak lagi tempat aku nak bawak bff aku ronda-ronda tapi masa tu sekejap sangat...jom jalan-jalan kat kelantan...shopping2...bff aku shopping kat rantau panjang macam-macam ada murah-murah leh tawar-menawar harga heeee.....

komen

get this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails