mutiaraaleesya.blogspot.com

JOM FOLLOW ME

Wednesday, September 14, 2011

MACAM MANA NAK TAU SI DIA SUKA,SAYANG DENGAN KITA

SEBENARNYA X TAHU NAK TULIS APA ARI NI SO AKU TERBACA ARTIKEL NI
BOLEH KITA KONGSI BERSAMA

1. Yang terang dan nyata lagi bersuluh, si dia akan selalu contact kita tak kira pagi, petang, siang atau malam. Kalau korang je terhegeh-hegeh contct dia, itu may be ada something wrong. Lagi satu kalau dia selalu bagi alasan busy 24jam smpai tak sempat nak contact, itu maknanya dia tak berapa suka nak layan kita. Kalau si dia memang suka kat kita, walau sesibuk mana pun, dia pasti akan menghubungi kita walaupun sebentar.




2. Si dia sanggup berkorban demi kita. Cuba korang try pinjam duit atau harta benda dia. Tak pun try minta tolong apa-apa kat dia. Kalau dia bagi pinjam dan tolong korang means dia memang rela melakukan apa saja demi korang. Ini bermakna dia memang suka atau sayang kat korang. Dia tak sanggup tengok korang dalam kesusahan.


3. Kalau si dia cemburu korang bercerita pasal lelaki/perempuan lain, itu tanda yang bagus. Ini bermakna dia tak nak ada orang lain dalam hidup korang selain dia. Kalau tak percaya, try la buat kat pasangan korang. Kalau takde respon, may be dia ada yang lain. So dia pun tak kisah korang ada yang lain. Parah tu.


4. Si dia akan memperkenalkan korang pada kawan-kawan dan famili diorang. Si dia tak malu nak kenalkan korang dengan member-member dia. Kalau dah bawa jumpa famili lagi bgus. Itu tanda nak hubungan lagi serius. So, korang jgn malu kalau dia nak bawa jumpa famili diorang. Event korang pun mesti bawa gak dia jumpa famili korang. Biar dua-dua famili kenal. Nanti kalau jadi apa-apa senang nak cari.he3 (bukan minta yang bukan-bukan tapi at least biar parents tau dengan sapa kita berkawan)


5. Si dia mengambil tahu tentang famili dan diri korang. Tau asal usul korang, tau dan ingat besday korang. Kira nampakla yang dia berminat nak tau pasal diri korang. Kalau asik terlupa je besday korang, nampak sgt yang dia tak ambil berat pun pasal korang. So better tinggalkan je orang cmtu dan cari je orang lain.


APA PUN JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN.JODOH KITA SUDAH TERTULIS CUMA MASA DAN WAKTUNYA SAHAJA KITA TIDAK TAHU... :)

2 comments:

  1. betul...jodoh..ajal maut semua tu allah yang tentukan =)

    ReplyDelete
  2. cheqna:- doakan wani cepat2 bertemu jodoh dan dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete

komen

get this

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails